10 Berita Terpenting Hari Ini (19/3/20)

  •  
  •  
  •  
Reading Time: < 1 minute

Berikut antara perkembangan berita penting hari ini;

  1. Kerajaan negeri Pahang hadkan waktu operasi perniagaan di 5 daerah iaitu Kuantan, Pekan, Jerantut, Temerloh dan Bentong bermula 21 Mac ini. Langkah itu bagi membendung penularan wabak Covid-19, menurut Menteri Besar Wan Rosdy Wan Ismail.
  2. Sebanyak 110 kes baru koronavirus dikesan hari ini. Kebanyakannya peserta himpunan tabligh di Sri Petaling. Bagaimanapun, jumlah itu menunjukkan trend menurun berbanding hari-hari sebelumnya.
  3. Kerajaan kemungkinan besar mengerah tentera untuk menguatkuasa perintah kawalan pergerakan jika keadaan semakin buruk, menurut Menteri Pertahanan, Ismail Sabri.
  4. Rakyat Malaysia yang menghadiriperhimpunan tabligh di Sulawesi pada minggu ini akan dikuarantin sebaik mereka pulang
  5. Ketua Polis Negara, Abdul Hamid Bador berkata arahan ‘tangkap’ terhadap mereka yang degil tidak benar.
  6. Seorang penumpang yang menaiki bas ekspres Plusliner dari Johor Bharu ke Kuantan disahkan positif Covid-19. Bas yang dinaiki bernombor pendaftaran VDJ 2367 dari Larkin Sentral, Johor Bahru ke Terminal Sentral Kuantan pada 7.45 malam 16 Mac lalu. Pihak berkuasa mengesahkan semua kontak rapat sudah dikenalpasti.
  7. Seramai kira-kira 4,000 yang menghadiri himpunan tabligh di Sri Petaling masih belum melaporkan diri kepada Kementerian Kesihatan. Daripada 3,072 ujian, 513 didapati positif. Sebanyak 1,900 lagi ujian masih menunggu keputusan. Bagaimanapun, tidak semua dari 10,650 peserta diuji memandangkan ujian hanya dibuat berdasarkan gejala yang ditunjukkan, semua peserta diletakkan bawah pengawasan di rumah.
  8. Indonesia mencatatkan jumlah kematian tertinggi akibat Covid-19 di Asia Tenggara iaitu sebanyak 25. Jumlah disahkan juga meningkat kepada 309 dari 82 pada hari sebelumnya.
  9. Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tangguh bayaran pinjaman selama 3 bulan berikutan perintah kawalan pergerakan. Penangguhan bermula dari April hingga Jun 2020.
  10. Kementerian Sumber Manusia menggesa pekerja dalam sektor yang tidak tersenarai sebagai perkhidmatan perlu membuat laporan jika dipaksa hadir bekerja sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan. Laporan boleh dibuat di balai polis berhampiran.