150 Kes Baru, 7 Kematian Koronavirus Direkod Hari Ini

Reading Time: < 1 minute

PETALING JAYA | Kementerian Kesihatan Malaysia melaporkan 7 kematian akibat Covid-19 hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 34.

Kes baru yang direkodkan hari ini adalah sebanyak 150. Sebanyak 73 pesakit dirawat di Unit Rawatan Intensif sementara 52 memerlukan alat bantuan pernafasan.

Kenyataan tersebut dinyatakan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah semasa sidang media di sini hari ini.

Sementara, menurutnya, 68 pesakit telah sembuh menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 388.