Kawasan Di Hulu Langat Selangor Diletak Di Bawah PKPD

Reading Time: < 1 minute

PETALING JAYA | Selepas kawasan Simpang Renggam di Johor, hari ini satu lagi kawasan diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) iaitu Hulu Langat setelah 71 orang tahfiz diiuji positif Covid-19.

Kawasan tersebut termasuk Batu 21 sehingga Batu 24 di Sungai Lui, Selangor. Ia melibatkan 3.918 penduduk dari 700 buah rumah – dua kampung orang Asal dan 5 kampung Melayu.

“Perintah itu mula berkuatkuasa tengah malam sehingga 13 April,” kata Menteri Pertahanan, Ismail Sabri Yaakob dalam satu kenyataan hari ini (29 Mac).

Sepanjang tempoh ini, semua penduduk dan pelawat yang sudah berada di kawasan itu tidak dibenarkan keluar dari sana. Semua jenis aktiviti perniagaan juga ditutup. Sama seperti Kampung Dato Ibrahim Majid dan Bandar Baharu Dato Ibrahim Majid di Simpang Renggam, bekalan makanan asas akan dibekalkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Pengkalan perubatan juga akan dibuka di kawasan itu. Penduduk yang ingin mendapatkan bantuan boleh menghubungi 03-8925 4809/03-8911 4200.