153 Kes Baru Koronavirus Dilaporkan Hari Ini

Reading Time: < 1 minute

PUTRAJAYA | Kementerian Kesihatan Malaysia mengumumkan 153 lagi kes baru koronavirus direkodkan hari ini manakala 113 kes telah discaj dari hospital.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr. Noor Hisham Abdullah dalam sidang medianya hari ini berkata peratusan yang pulih dari jumlah keseluruhan kes ialah sebanyak 45%.

Terdapat 3 kes kematian dilaporkan hari ini. Kini masih terdapat 2,499 kes yang masih dirawat manakala 66 pesakit menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi, 37 darinya memerlukan alat bantuan pernafasan.