184 kes baharu dengan tiga kematian

Reading Time: < 1 minute

PUTRAJAYA, 11 April — Sebanyak 184 kes baharu positif COVID-19 dilaporkan setakat 12 tengah hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes positif di negara ini meningkat kepada 4,530, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata terdapat pertambahan tiga lagi kes kematian akibat pandemik itu menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 ketika ini sebanyak 73 atau 1.61 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Jelasnya, bagi kematian ke-71 (kes ke-3091) merupakan lelaki warga Malaysia berumur 66 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis, darah tinggi dan gout.

“Beliau mempunyai kontak rapat kes positif COVID-19 dari kluster perhimpunan Sri Petaling (iaitu kes ke-452). Beliau telah dirawat di Hospital Tuanku Ja’afar, Negeri Sembilan pada 1 April 2020 dan disahkan meninggal dunia pada hari ini, pukul 12.05 tengah hari,” katanya.

— BERNAMA