TAMBUN – “Kami pengundi di Parlimen Tambun mahu pemimpin yang senang didekati rakyat.
“Mudah berbincang, selalu turun padang dan menyelesai masalah rakyat,” kata Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Perpaduan, Che Sezali Sharif.
Menurut beliau, pemimpin yang menepati ciri kepimpinan itu ialah tidak lain tidak bukan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang diharapkan dapat membela nasib pengundi di kawasan Parlimen Tambun.
Beliau yang juga bekas ketua cawangan UMNO itu turut memuji kepimpinan wakil rakyat DUN Hulu Kinta, Muhamad Arafat kerana banyak membantu rakyat miskin dan golongan ibu tunggal yang menghadapi tekanan hidup.
“Arafat seorang pemimpin yang rendah diri dan sentiasa turun padang menolong rakyat miskin… ini termasuk memberikan bantuan bila bencana alam,” katanya ketika ditemui selesai program ramah mesra calon Parlimen Tambun bersama penduduk Taman Perpaduan.