Pasar Karat Silveritage Tarikan Terbaru Di Ipoh

Reading Time: < 1 minute

Selain Memory Lane atau lebih dikenali sebagai pasar loken dan pasar karat di aras bawah di UTC (bekas bangunan Super Kinta), kini terdapat satu lagi pasar karat atau jualan barangan lusuh terbaru iaitu di kawaan letak kereta Silveritage.

Pasar yang mula dibuka pada hari Sabtu itu telah wujud sejak sebulan yang lalu tapi masih ramai orang tidak mengetahui kewujudannya kerana kurangnya promosi.

Ada di antara peniaga di sini adalah terdiri dari peniaga yang telah lama berniaga di loken. Mereka biasanya akan bergerak ke loken pada keesokan paginya iaitu tempat mereka biasa berniaga.

Antara barangan yang dijual di sini adalah sama seperti yang terdapat di loken seperti kasut, besi-besi lusuh, kaset, CD, alat muzik, pakaian, aksesori dan alat ganti kereta dan berbagai macam barangan lagi. Jumlah peniaga di sini masih belum ramai memandangkan ia baru dibuka kira-kira sebulan yang lalu.

Bagi peminat barangan antik dan terpakai, anda boleh berkunjung ke Silveritage hingga waktu malam untuk mencari barangan yang anda mahu kerana waktu perniagaan dilanjutkan hingga ke pukul 10 malam. Kawasan letak kereta di kawasan Silveritage masih lagi percuma buat masa ini.

Apa lagi… Moh kite ke sana Yeop dan Yong…!