Seorang pengembara berbasikal solo jarak jauh, Mohd Zamzuri Suaib, 42, memulakan kayuhan basikal dari Ipoh ke Stadium Shah Alam untuk turut sama memberi sokongan kepada pasukan Perak dalam perlawanan akhir Piala Malaysia Unifi 2018 melawan Terengganu pada Sabtu, 27 Oktober 2018.
Beliau memulakan kayuhan solo sejak semalam dengan basikal BMX Redline warna putihnya dan dijangka sampai ke Shah Alam pada hari Sabtu.
Mohd Zamzuri yang berasal dari Ulu Kinta merupakan anak Perak yang telah membawa nama negeri ke serata dunia dengan basikalnya.
Beliau telah berkayuh secara solo sejak beberapa tahun yang lalu dan antara negara yang pernah dilawati dengan basikalnya ialah Thailand, Indonesia, Singapura, Sepanyol, England dan Perancis.
Untuk mengikuti perkembangan terkini kayuhannya, anda bolehlah mengikuti laman sosial peribadinya di Facebook ‘Mohd Zamzuri Suaib‘.