Reading Time: < 1 minute
IPOH | Teka-teki mengenai kuota pemain import The Bos Gaurus untuk musim depan akhirnya terjawab dengan kontrak yang ditandatangani oleh penyerang kelahiran Brazil, Guilherme de Paula Lucrecio untuk menjadi sebahagian dari skuad The Bos Gaurus baru-baru ini.
Guilherme, 33, sah menyertai skuad Perak dalam satu pertemuan dengan Presiden PAFA, Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu.
Guilherme yang berketinggian 1.85m sebelum ini menjadi watak penting di bahagian depan membantu skuad The City Boys (Kuala Lumpur) muncul juara Liga Perdana pada musim 2017 dengan meledakkan 27 gol. Semoga kehadiran beliau akan menambah bisa jentera serangan The Bos Gaurus!