Koronavirus: 30 Kes Baru, Terendah Sejak PKP Bermula

Reading Time: < 1 minute

PUTRAJAYA | Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini memberitahu terdapat 30 kes baru positif koronavirus – terendah sejak Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan.

Ini menjadikan jumlah kumulatif kes koronavirus di negara ini ialah 6,383. Namun, KKM juga mengumumkan terdapat 83 yang sembuh dan dibenarkan pulang, menjadikan jumlah yang telah sembuh setakat ini sebanyak 4,567 – iaitu 71% dari jumlah keseluruhan kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata kesemua 30 kes baru itu adalah kes penularan tempatan di mana 21 dari jumlah itu dikesan di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).
Terdapat satu kes kematian direkodkan menjadikan jumlah kes maut sehingga kini ialah 106.

Kes koronavirus yang masih aktif dan mempunyai keboleh-jangkitan ialah 1,710, 24 darinya sedang dirawat di Unit Rawatan Intensif dan 8 memerlukan alat bantuan pernafasan. Jumlah kes di ICU semakin menunjukkan pengurangan dari sehari ke sehari sejak PKP Tahap 4.