Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama terkawal

Reading Time: < 1 minute

Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama dilapor lancar dan terkawal setakat 9 pagi ini.

Jurucakap PLUS Malaysia Berhad ketika dihubungi Bernama berkata meskipun terdapat peningkatan jumlah kenderaan di jalan raya, aliran trafik menuju ke utara dan selatan masih lancar.

“Aliran trafik dijangka meningkat pada sebelah petang,” katanya.

“Trafik sedikit perlahan sebelum masuk Plaza Tol Gombak berikutan pertambahan kenderaan,” katanya.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1-800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1-800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik.

– Bernama