Alternatif HSR Kurangkan Kos, Elak Bayar Penalti

Reading Time: < 1 minute

Satu cadangan baru telah dikemukakan kepada kerajaan sebagai alternatif kepada projek High Speed Rail (HSR) untuk membantu mengelak kerajaan membayar penalti RM500 juta ekoran pembatalan projek tersebut.

Cadangan itu merupakan pelan menaiktaraf landasan keretapi sedia ada milik KTM dengan kos yang lebih murah berbanding projek HSR. Kira-kira 70 peratus kos dapat dikurangkan. Dengan itu, masa perjalanan dari Kuala Lumpur ke Singapura meningkat kepada 2 jam 10 minit berbanding HSR yang mengambil masa 1 jam 30 minit.

Jika cadangan ini dilaksanakan, ia memerlukan syarikat lain untuk mengendalikan operasi laluan dan bukannya KTM. Syarikat ini akan melabur dalam bidang lokomotif dan menjalankan operasi secara komersial.

Cadangan ini juga akan menyelamatkan kerajaan dari membayar pampasan sebanyak RM500 juta kerana membatalkan HSR kerana ia tidak perlu melibatkan rundingan dengan Singapura.

Kos juga dapat dikurangkan kerana ia tidak banyak melibatkan pengambilan tanah dan bayaran pampasan kerana hanya menaiktaraf landasan sedia ada. Ia juga tidak menyebabkan pertindihan dengan operasi laluan keretapi sedia ada.