Pemilihan Presiden UMNO: 7 Pencalonan Diterima

Reading Time: < 1 minute

Jawatan Presiden UMNO akan menyaksikan pertandingan tujuh penjuru dalam pemilihan hujung bulan ini.

Ini disahkan petang ini bahawa Khairy Jamaluddin telah menghantar borang pencalonan dan akan turut bertanding untuk merebut jawatan itu. Sebelum ini, pemangku Presiden, Dato’ Zahid Hamidi, Tengku Razaleigh dan blogger Rahmat Azim Abdul Aziz telah mengesahkan untuk mencabar jawatan itu. Khairy sebelum ini pernah menyatakan hanya mahu bertanding untuk jawatan naib presiden. Tiga lagi nama yang menghantar pencalonan belum dapat disahkan. Bagaimanapun, kesemua tujuh nama akan disemak dengan Jabatan Insolvensi untuk memastikan tiada calon yang pernah diisytihar muflis.

Jawatan presiden UMNO sudah lama tidak dicabar kerana jawatan itu tidak dipertandingkan. Kali terakhir jawatan Presiden UMNO dipertandingkan ialah dalam pemilihan parti pada 1987 yang menyaksikan perebutan antara Tengku Razaleigh Hamzah dengan penyandang, Tun Dr Mahathir Mohamad, sekali gus membawa kepada perpecahan UMNO.

Tun Mahathir pernah berkata bahawa calon presiden UMNO yang terbaik ialah Khairy Jamaluddin. Namun Khairy menganggap kenyataan Tun hanya satu bentuk sindiran.