Amirudin MB Baru Selangor

Reading Time: < 1 minute

Teka-teki siapa bakal menjadi Menteri Besar Selangor akhirnya terjawab apabila Amirudin Shari dipilih menjadi Menteri Besar Selangor yang baru bagi menggantikan tempat yang dikosongkan oleh Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali.

Amirudin merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Tua. Beliau menewaskan calon Barisan Nasional, Datuk Rawisandran A/L Narayanan, calon PAS Mohammad bin Ibrahim dan calon Bebas, Badrul Hisam bin Md Zin dengan majoriti lebih 11 ribu undi. Beliau pernah menjadi Pengurus pasukan bolasepak negeri Selangor dari tahun 2015 hingga 2016. Lahir pada tahun 1980, beliau baru berusia 38 tahun.

Istiadat angkat sumpah Menteri Besar Selangor yang baru akan berlangsung pada pagi ini di Istana Alam Shah, Klang.

Dato’ Seri Azmin melepaskan jawatan Menteri Besar secara rasmi semalam kerana perlu menumpukan jawatan dalam kabinet sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi.