Anwar Mengadap Yang Di-Pertuan Agong Selasa Depan

Reading Time: < 1 minute

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah diperkenankan untuk mengadap Yang Di-Pertuan Agong pada Selasa, 13 Okt.

Beliau menyatakan demikian dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di laman sosial rasminya hari ini.

“Saya akan mempersembahkan dokumen sokongan majoriti yang kukuh dan meyakinkan dari ahli parlimen seperti yang saya nyatakan sebelum ini,” katanya dalam kenyataan itu.

Anwar turut menyeru rakyat Malaysia supaya bertenang, menjaga kesihatan dan mengikuti arahan perintah kawalan pergerakan ketika ini.

Pada 23 Sep lalu, beliau muncul di satu sidang media di ibu negara mendakwa kerajaan Muhyiddin telah ‘jatuh’ kerana beliau telah mendapat sokongan ‘kuat, besar dan meyakinkan dari anggota parlimen untuk membentuk kerajaan yang baharu.

Bagaimanapun, beliau tidak menyatakan senarai nama anggota parlimen yang menyokongnya dan memberitahu akan mendedahkannya setelah beliau mengadap Yang Di-Pertuan Agong.