Apa Itu Jarak Sosial?

  •  
  •  
  •  
Reading Time: < 1 minute

MKN tidak menyebut secara jelas apa itu jarak sosial. Mengikut laman web Hopkins Medicine, jarak sosial ialah;

  1. bekerja dari rumah berbanding ke pejabat jika boleh
  2. menutup kelas dan mengadakan kelas secara dalam talian
  3. menziarahi seseorang dengan peralatan elektronik berbanding mendekati secara fizikal
  4. membatalkan atau menangguhkan persidangan atau mesyuarat

Ada juga yang mengatakan jarak sosial yang selamat ialah 6 kaki atau 2 meter dari orang lain.

Selain itu, boleh juga mengamalkan beberapa tips berikut untuk mengelak dari jangkitan Covid-19;

  1. tidak bersalam dengan seseorang, sekadar meletakkan tapak tangan di dada kiri sebagai isyaratĀ 
  2. menggunakan siku ketika menolak untuk membuka pintu
  3. tidak menyentuh butang lif dengan jari tapi gunakan alas
  4. sentiasa membasuh tangan sebaik anda menggunakan peralatan yang digunakan oleh orang awam seperti troli pasaraya, mesin ATMĀ