Jangan Keluar Rumah Jika Tidak Perlu, Jaga Jarak Sosial – MKN

Reading Time: < 1 minute

PUTRAJAYA | Majlis Keselamatan Negara dalam satu kenyataan berkata orang ramai diminta untuk mematuhi semua peraturan yang telah diputuskan oleh pihak berkuasa.

Kerajaan telah mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan bermula dari 18 Mac hingga 31 Mac 2020.

Sehubungan dengan itu, pihak Polis DiRaja Malaysia dan RELA telah dilantik sebagai pihak yang diberi kuasa di bawah Seksyen 3 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Akta 342) di mana orang ramai dinasihatkan berada di rumah sepanjang masa kecuali untuk memenuhi keperluan-keperluan asas.

Kenyataan itu juga mengingatkan orang ramai supaya mengamalkan jarak sosial dari orang sekeliling demi mengelakkan jangkitan Covid–19.

Sekiranya ingin mendapatkan maklumat lanjut berkenaan perkara ini, orang ramai boleh menghubungi Pusat Pengurusan Operasi Negara, Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri di talian 03 8888 2010.