Mohd Zuki Mohon Maaf Tidak Jemput MB Pembangkang Hadiri Mesyuarat Koronavirus

Reading Time: < 1 minute

PUTRAJAYA | Ketua Setiausaha Negara, Mohd Zuki Ali menyebut bagi pihak urusetia mesyuarat dalam satu kenyataan memohon maaf kerana kesilapan tidak menjemput Menteri Besar dan Ketua Menteri dari negeri-negeri yang dipimpin pembangkang menghadiri mesyuarat khas berkenaan Covid-19 pada 17 Mac 2020.

Semua negeri itu iaitu Pulau Pinang, Kedah, Selangor, N.Sembilan dan Sabah hanya diwakili oleh Pengarah Pembangunan Negeri.

Kenyataan itu turut menyebut hanya Pengarah Pembangunan Negeri yang dijemput menghadiri mesyuarat itu.

Beliau dalam kenyataan itu juga mengakui Perdana Menteri telah mengeluarkan arahan supaya semua Menteri Besar dan Ketua Menteri dijemput hadir mesyuarat khas pada masa akan datang.

Menteri Besar dan Ketua Menteri dari negeri pembangkang yang tidak dijemput dalam mesyuarat yang dianggap penting itu menimbulkan persoalan dan kesangsian di kalangan netizen. Ada yang mengecam sikap Perdana Menteri yang mendahulukan kepentingan politik dari masalah kesihatan rakyat.