Apple memperkenalkan barisan model iPhone yang direka semula untuk kelajuan rangkaian 5G pada hari Selasa, yang menjanjikan “era baru” untuk produk utamanya.
Empat telefon pintar 5G baru ini memberikan pelanggan pelbagai pilihan kerana syarikat yang bernilai 2 trilion dolar US itu menuju ke musim percutian hujung tahun apabila dijangka menjual lebih dari 80 juta unit telefon.
“Setiap dekad, ada generasi teknologi baru yang memberikan perubahan dalam apa yang dapat kami lakukan dengan iPhone kami,” kata Tim Cook, ketua eksekutif.
“Generasi seterusnya ada di sini.”
Model terbaru iPhone menggunakan cip A14 Bionic yang memproses lebih pantas dengan ciri-ciri 6 core cpu dan grafik 4 core GPU. Cip ini bersaiz kecil 5nm ini didakwa 50% lebih pantas dari model terdahulu. Teknologi 5G membolehkan pengguna memuat turun data dengan kelajuan sehingga 4Gbps.
Setiap model terbaru iPhone diperbuat dari bingkai aluminium dan paparan Retina XDR dilengkapi lapisan pelindung seramik Corning yang boleh bertahan terhadap suhu tinggi dan lebih kukuh terhadap jatuhan.
iPhone 12 dengan paparan 6.1 inci bermula pada harga $799 – langkah yang mungkin akan menggembirakan para pelabur yang berminat untuk melihat harga jualan purata yang lebih tinggi. Ia juga memperkenalkan iPhone 12 “mini”, model 5.4 inci bermula dari $699. Kedua-dua model iPhone 12 ini mempunyai ciri-ciri yang sama, yang membezakan hanya saiz paparan skrin. Kedua-duanya dilengkapi sistem dwi-kamera iaitu lensa lebar 26mm dan ultra-lebar 13mm. Terdapat 5 pilihan warna iaitu hitam, putih, merah, hjau muda dan biru.
Dua lagi model iPhone 12 Pro, satu dengan paparan 6.1 inci dan model Pro Max pada 6.7 inci – paparan terbesar untuk model iPhone setakat ini. iPhone Pro Max dilengkapi 3 lensa kamera – sama seperti model iPhone 11 Pro Max dibantu oleh teknologi pengimbas LiDAR (Light Detection and Ranging), kaedah imbasan jarak jauh yang membantu kamera memfokus dengan lebih pantas dalam situasi cahaya kelam. Model iPhone sebelum ini sering dikatakan ‘gagal’ dalam situasi cahaya kelam. Apple buat kali ini melengkapi sensor kamera bersaiz 47% lebih besar dan ia didakwa telah berjaya menambah baik rakaman dalam cahaya kelam sebanyak 87%. Ia juga membenarkan rakaman video dengan ciri-ciri Dolby Vision HDR kualiti 4K sehingga 60fps.
Terdapat dalam 4 pilihan warna iaitu silver, graphite, gold dan pacific blue.
Keempat-empat model dikatakan mempunyai reka bentuk baru dengan tepi rata, perubahan pertama pada reka bentuk telefon sejak iPhone X pada tahun 2017. Tetapi sekali pandang, ia lebih mirip kepada ciri-ciri yang terdapat pada model tahun 2012 iaitu iPhone 5. Tetapi model terbaru ini merupakan model pertama yang menggunakan cip yang dihasilkan menggunakan proses pembuatan 5 nanometer canggih.
Satu-satunya produk perkakasan utama yang diperkenalkan selain model iPhone adalah HomePod Mini, pembesar suara rumah berbentuk bujur yang lebih kecil dan dilengkapi dengan Siri, yang akan dijual dengan harga $99.
Home Pod Mini adalah produk pintar terbaru Apple yang diletakkan di dalam rumah, sistem speaker yang bersambung ke seluruh sistem perkakasan di rumah menggunakan arahan Siri. Ia boleh memainkan muzik mengikut arahan anda, membuka pintu, tingkap, mengawal kecerahan lampu, bertindak sebagai intercom. Ia adalah sistem pintar yang membantu memudahkan anda di rumah. Ia juga boleh mengenali suara setiap individu di dalam rumah dan boleh berinteraksi secara peribadi. Ia turut dilengkapi ciri-ciri keselamatan di mana ia tidak akan berfungsi di luar dari kediaman anda. Terdapat dalam 2 warna iaitu hitam dan putih.
Bertepatan dengan pelancaran telefon, Hans Vestberg, ketua eksekutif Verizon, mengumumkan syarikat itu akan memulakan rangkaian 5G di seluruh Amerika dan akan menemui 200 juta pelanggan di lebih 1,800 bandar.
“5G kini menjadi nyata,” katanya.
Walau bagaimanapun, iPhone 12 Mini dan model Pro Max yang paling mahal tidak akan dijual sehingga pertengahan November, selepas wabak koronavirus melanda pengeluaran awal tahun ini.
“Pengenalan teknologi 5G ke rangkaian iPhone memberikan alasan yang bermakna untuk menaik taraf dan membuat pembelian iPhone kali ini dengan pembelian bukti masa depan,” kata Ben Wood, penganalisis CCS Insight.
Apple kini mempunyai pelbagai jenis telefon untuk musim percutian, dari iPhone SE yang lebih murah yang dikeluarkan pada awal tahun ini, hingga $1299 Pro 12 Max dengan storan 512GB.
“Apple mempunyai portfolio peranti yang sangat kemas yang menawarkan pilihan dari yang ‘baik, lebih baik, dan terbaik’ untuk pengguna,” kata Mr Wood.
“Tidak begitu mudah dengan produk pesaing, di mana terdapat barisan besar dengan banyak perbezaan kecil dan pelbagai reka bentuk dan ciri.”