Armada Lapor Polis Kewujudan Laman Sosial Palsu Dakwa Wakili Sayap Parti

Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR | Biro Penerangan Armada Bersatu Malaysia hari ini tampil membuat laporan polis di Balai Polis Dang Wangi susulan terdapat satu laman sosial yang mendakwa mengaku mewakili Armada Bersatu Malaysia malah menggunakan nama sayap parti itu seolah-olah membawa mesej mengelirukan.

Laman sosial itu didakwa memberi gambaran seolah-olah mereka membawa suara rasmi Armada. Ia juga memuatnaik mesej yang boleh membawa ketidakstabilan politik di antara rakan di dalam pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional.

Menurutnya, laman rasmi Armada ialah Armada Bersatu Malaysia, bukannya Armada Bersatu PPBM.

Sumber lain memberitahu bahawa laman itu adalah laman Armada yang lama dikendalikan oleh bekas anggota yang enggan melepaskan kawalan terhadap akaun sosial tersebut.

Semakan Independent setakat jam 4 petang ini mendapati laman itu masih wujud dan menggunakan logo dan banner yang sama dengan laman sosial rasmi sayap parti itu.