Pihak Berkuasa Perlu Bertindak Terhadap Peneroka Haram di HS Gunung Besout – KUASA

Reading Time: < 1 minute

Persatuan Aktivis Sahabat Alam (KUASA) menggesa pihak berkuasa negeri mengambil tindakan penguatkuasaan yang tegas terhadap peneroka haram di kawasan Hutan Simpan (HS) Gunung Besout, Kuala Slim, Perak.

Menurut KUASA dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, aktiviti penerokaan haram itu telah berlaku sejak lebih lima belas tahun lalu di kompartmen tidak bernombor di sebelah selatan HS itu.

Kawasan yang dikenalpasti telah diteroka secara haram (bulatan merah)

Kawasan yang diteroka secara haram itu dianggarkan seluas 200 hektar yang sebahagian besarnya ditanam kelapa sawit dan buah-buahan

Kawasan yang diteroka secara haram itu dianggarkan seluas 200 hektar yang sebahagian besarnya ditanam kelapa sawit dan buah-buahan.

“Kegiatan penerokaan haram di sini telah memusnahkan litupan dan fungsi kepelbagaian hayat hutan serta memberi kesan kepada pencapaian Pengurusan Secara Berkekalan (SFM).

“Kawasan yang diteroka haram tersebut perlu dikekal sebagai Hutan Simpanan Kekal (HSK) disamping perlu dipulihara semula dibawah Program Restorasi / Pemuliharaan Kawasan Terosot yang dilaksana oleh Jabatan Perhutanan, “menurut KUASA.

Mereka meminta pihak berkuasa negeri memberi perhatian dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap isu ini.