Reading Time: < 1 minute
Menteri Besar Perak, Dato Seri Ahmad Faizal Azumu membuat keputusan untuk kuarantinkan dirinya di rumah setelah pulang dari Sabah pada 20 September yang lalu.
Keputusan itu diambil sebagai langkah proaktif walaupun hasil ujian mendapati beliau negatif dari wabak itu.
Ia juga adalah disebabkan peningkatan kes Covid-19 di Sabah sepanjang kempen Pilihan Raya Negeri Sabah.
Semasa tempoh itu, beliau tidak akan menghadiri mana-mana acara rasmi manakala mesyuarat penting dilangsungkan secara sidang video, menurut sumber dari Pejabat Menteri Besar Perak.