KUALA LUMPUR | Semua penumpang Malaysia Airlines dikehendaki memakai penutup muka bermula esok, 23 April di kesemua tempat sentuhan seperti tempat daftar masuk, menaiki pesawat, memasuki kabin, turun dan mengambil bagasi semasa ketibaan untuk memutuskan rantaian penyebaran koronavirus.
Syarat ini dikenakan terhadap semua penumpang yang menaiki semua pesawat Malaysia Airlines penerbangan domestik, antarabangsa dan penerbangan charter. Langkah ini untuk memastikan keselesaan dan kesihatan setiap penumpang dan kakitangan penerbangan, menurut satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.
Mereka yang tidak memakai penutup atau topeng muka semasa daftar masuk tidak akan dibenarkan menaiki pesawat.
Penumpang juga diingatkan untuk menghormati ruang peribadi orang lain dan memerhatikan jarak sosial jika diperlukan dan mematuhi langkah-langkah keselamatan lain dalam proses sebelum berlepas dan ketibaan kami untuk memastikan anda melalui perjalanan yang selamat.
Keselamatan penumpang dan kakitangan sangat diutamakan oleh Malaysia Airlines.