Aziz Bari Dipilih Naib Pengerusi DAP Perak

Reading Time: < 1 minute

Ahli Dewan Undangan Negeri Tebing Tinggi, Profesor Dr. Abdul Aziz bin Bari memperoleh undi tertinggi untuk jawatan Naib Pengerusi parti DAP Perak.

Beliau yang juga ahli eksekutif jawatankuasa negeri Perak memperoleh 890 undi daripada 1,303 perwakilan. Seorang lagi Naib Pengerusi yang mendapat undi kedua tertinggi ialah Ahli Dewan Undangan Negeri Sungkai A. Sivanesan, yang juga ahli majlis eksekutif negeri.

Ahli Parlimen Teluk Intan yang juga ADUN Aulong, Nga Kor Ming mempertahankan jawatan Pengerusi manakala Ahli Parlimen Batu Gajah, V. Sivakumar dipilih sebagai Timbalan Pengerusi.

Pemilihan DAP Perak dijalankan di sebuah hotel di Taiping hari ini.

Berikut ialah jawatankuasa eksekutif DAP Perak bagi tempoh 2018-2019:

Penasihat: Ngeh Koo Ham (MP Beruas)

Pengerusi: Nga Kor Ming (Ahli Parlimen Teluk Intan)

Timbalan Pengerusi: V. Sivakumar (Ahli Parlimen Batu Gajah)

Naib Pengerusi: Abdul Aziz Bari (ADUN Tebing Tinggi) dan A. Sivanesan (ADUN Sungkai)

Setiausaha: Wong Kah Woh (Ahli Parlimen Ipoh Timor)

Penolong Setiausaha: Ong Boon Piow (ADUN Bercham)

Bendahari: Yong Choo Kiong (ADUN Tronoh)

Penolong Bendahari: Leong Cheok Keng (ADUN Malim Nawar)

Setiausaha Penganjur: Teh Kok Lim (Ahli Parlimen Taiping)

Penolong Setiausaha Penganjur: A. Sivasubramaniam (ADUN Buntong) dan Leow Thye Yih (ADUN Pokok Assam)

Setiausaha Publisiti: Chong Zhemin (ADUN Keranji)

Pengarah Biro Pendidikan Politik: Loh Sze Yee (ADUN Jalong)

Ahli jawatankuasa:

1.) Senator Nga Hock Cheh

2.) Cheah Poh Yin (ADUN Jelapang)

3.) Jenny Choy Tsi Jen (ADUN Canning)

4.) Howard Lee Chuan How (ADUN Pasir Pinji)

5.) Terence Naidu (ADUN Pasir Bedamar)