Sebuah Coretan Peringatan Untuk Pimpinan Pakatan Harapan

Reading Time: 2 minutes

Wahai pimpinan PH, usahlah dok sumbatkan parti kalian itu dengan bekas UMNO Baru & BN yang akhirnya diberi dengan pelbagai keistimewaan juga pangkat. Telah acapkali rakyat & rakan karya mengingatkan hal sebegini, tapi kalian masih tetap berdegil untuk beri pelbagai jawatan lantikan kepada puak kleptokrasi.

Akhirnya warga parti bawahan kalian termanggu memberi pelbagai emosi, apakah mereka itu tidak boleh berjaya & lebih berkredibiliti? Dan mereka terbuang sebegitu saja…sedangkan puluhan tahun mereka ini setia menjadi benteng & senjata buat parti & pimpinan kalian itu sendiri sebelum kalian hari ini melepasi lepas dahaga yang kering lamanya.

Apakah kununnya tak mahu jadi seperti Umno Baru & BN maka ahli bawahan parti masing-2 ini tidak dipilih ke dalam institusi pentadbiran kalian maka perlu masukkan dengan warga UMNO Baru & BN?

Cubalah lihat ke bawah, siapa yang banyak membantu kalian… puak kleptokrasi bina pelbagai fitnah, video termasuk fitnah di TV…mereka itulah yang membantu. Setelah berjaya, mereka ahli bawahan itu di biarkan sendirian… kalian pula angkut puak yang kalian lawan suatu ketika dahulu.

Ada 4,000-10,000 ahli sesuatu agensi milik UMNO Baru, kalian pula serapkan kunun mereka ada keluarga nak dijaga. Yang membantu kalian itu tidak ada keluarga ? Tidak ada anak ? Tidak ada keperluan? Inilah kesilapan… saat memperbaiki negara, kalian juga perlu perbaiki orang bawahan juga. Bukannya dengan beri mereka wang saku juta-2 seperti UMNO Baru lakukan dulu… tapi ambillah mereka untuk kepakaran yang diperlukan.

Sewaktu UMNO Baru & BN berkuasa, pelbagai cara kami cuba suntik virus ke dalam institusi mereka hingga lahirnya parti Bersatu, Amanah, Warisan. Apatah lagi kini kami berada dalam PH itu sendiri, amat mudah untuk melakukan sedemikian.

Tidak…GM tidak akan lemahkan PH malah akan berikan beberapa bantuan kritikal kepada pihak pentadbiran kini.

Sebaliknya, kalianlah wahai ADUN/Ahli Parlimen/kabinet/pimpinan parti masing-2 yang gagalkan kejayaan sebegini. Kerna mata kalian itu lupa wajah warga bawahan tersebut. Benar kini puak penjenayah kleptokrasi berpeluh2 himpit pimpinan utama negara, semuanya demi wang & laba rezeki. Mungkin yang di bawah ini tidak pandai untuk menghimpit…. di situlah silapnya pimpinan PH sekalian.

Dalam lihat pembangunan ekonomi, lihatlah juga setiap ahli bawahan yang pernah membantu kalian. Bukan dengan beri mereka wang & rasuah, sebaliknya membantu mereka dengan pelbagai cara antaranya dengan serapkan mana-2 ahli yang punyai kepakaran ke peringkat tinggi.

Jadi…silalah lihat wajah bangsa yang pernah membantu sebelum kalian sendawa kini.

Yang berkarya:
Gino Marvela aka Gin Marvel

Gambar Mat Sabu dan Wak Doyok adalah sekadar hiasan, tiada kena-mengena dengan coretan ini.