Bazar Ramadan Medan Gopeng Tahun Ini Agak Menggalakkan

  •  
  •  
  •  
Reading Time: 2 minutes

Rata-² peniaga bazar Ramadan yang ditemui musim perayaan ini rasa berpuashati dengan sambutan pelanggan berbanding tahun lepas. Menurut peniaga murtabak di Bazar Ramadan Medan Gopeng, beliau mengucap “alhamdulillah” kerana jualan makanan agak memberangsangkan kali ini. Begitu juga peniaga-² lain yang ditemui di sini. Rata-² turut bersetuju walaupun pada awalnya mereka menjangkakan kos bahan makanan akan semakin meningkat tahun ini.

Dengan pelupusan GST sejak kerajaan Pakatan Harapan mengambil alih tampuk pemerintahan, ia dapat mengurangkan sedikit beban kos membeli bahan mentah untuk membuat makanan jualan.

Bagaimanapun, terdapat juga segelintir peniaga yang merungut kerana jualan kali ini merosot. Antaranya ialah peniaga madu lebah asli. Apabila ditanya, beliau yang tidak mahu namanya disiarkan berpendapat mungkin kerana orang ramai berpuasa dan madu yang dijualnya tidak dapat “dicuba” maka orang kurang keyakinan untuk membeli di waktu sedang berpuasa.

Tinjauan independent.my mendapati keadaan bazar Ramadan Medan Gopeng sentiasa sesak dengan orang ramai lebih-lebih lagi pada waktu puncak iaitu selepas pulang dari kerja di antara pukul 4 hingga 6 petang. Antara makanan unik yang menarik perhatian crew independent ialah karipap ‘giant’ dan laksa dan mee rebus ketam. Di samping itu terdapat pelbagai lagi jenis makanan yang menambat selera di sini. Untuk mengetahuinya, silalah datang sendiri ke Bazar Ramadan Medan Gopeng  yang terletak di belakang bangunan Bank Rakyat.