Reading Time: < 1 minute
Kerajaan negeri Perak telah bersetuju untuk memotong elaun Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri sebanyak sepuluh peratus untuk membantu mengisi Tabung Harapan Malaysia seperti yang dilakukan oleh beberapa Kerajaan Negeri Pakatan Harapan lain seperti Pulau Pinang, Kedah dan Johor.
Selain itu, berita baik untuk penjawat awam negeri Perak di mana mereka akan menerima bonus sebanyak seribu ringgit sempena menyambut perayaan Aidilfitri tidak lama lagi. Kenyataan ini diumumkan oleh Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu dalam sidang media di Pejabat Kerajaan Negeri Perak tengahari ini.