IPOH: Rakyat Perak perlu bersyukur kerana peralihan kuasa pentadbiran kerajaan negeri bejalan dengan begitu baik sekali tanpa berlaku sebarang insiden yang tidak diingini.
Menteri Besar Perak YB Ahmad Faizal Datuk Azumu berkata ini kerana rakyat sudah matang dan bijak mahukan perubahan dalam pentabiran kerajaan.
“Apa yang berlaku peralihan kuasa di negeri Perak dan juga Putrajaya berjalan dengan begitu baik…begitu sempurna tak ada orang nak baring atas jalan semua berjalan begitu baik.
“Saya nak bagi tahu, saya sendiri sudah menjangka sebenarnya Perak akan beralih kuasa tapi saya risau menjangkakan akan berlaku sedikit kekacauan dan Alhamdullilah suasana berjalan dengan begitu baik aman,
“Ini menunjukkan negara akan bergerak ke arah lebih maju,” katanya semasa berucap di Program Semarak Ramadhan Gotong-Royong Bubur Lambok anjuran Kesatuan Pembantu Tadbir Perak (AUEGCAS) diperkarangan pejabat AUEGCAS Ipoh pada Selasa.
Hadir sama Timbalan Setiusaha Kerajaan (Pengurusan) Negeri Perak, Datuk Abu Bakar Mohd Said. Majlis dimulakan dengan bacaan Al-Quran, doa dan tahlil oleh Imam Negara Palestin, Imam Hamza Mohamed Qwaider.
Majlis kemudian diikuti penyerahan mock cek Tabung Aman Palestine AUEGCAS kepada Aman Palestin Berhad Malaysia sebelum penyerahan lebih bungkusan bubur lambok kepada wakil-wakil jabatan kerajaan oleh YB Ahmad Faizal.
Faizal juga berkata, amalan bergotong-royong amat digalakkan dalam usaha mendapat keberkatan selain merapatkan lagi silatulrahim sesama umat di bulan yang mulia dan penuh baroqah ini.