Belgium Kempunan, Perancis Menuju Final

Reading Time: < 1 minute

Setelah tiada sebarang jaringan di separuh masa pertama, Perancis akhirnya mencipta kemenangan di minit ke-51 apabila sepakan sudut disambut dengan tandukan kemas oleh Samuel Emtiti menerjah pintu gol Belgium.

Belgium yang menguasai 60% permainan berhempas pulas mencari gol penyamaan namun semuanya menemui jalan buntu dan gagal menepati sasaran.

Sebanyak 5 kad kuning dilayangkan, tiga untuk pemain Belgium iaitu Alderweireld, Vertonghen dan Hazard. Pemain Perancis Mbappe dilayang kad kuning kerana melengahkan permainan.

Perancis akan berentap di final dengan lawan sama ada England atau Croatia pada 15 Julai nanti. England dan Croatia akan beradu esok dalam satu lagi perlawanan separuh akhir.