Bersatu Kini Parti Yatim Piatu – Arafat

Reading Time: < 1 minute

Parti Bersatu dianggap menjadi yatim piatu politik akibat tindakannya mengkhianati Pakatan Harapan (PH).

Jika sebelum ini Bersatu mempromosikan ‘penyatuan ummah’ bagi mendapatkan kuasa dan kedudukan kini jelas terbukti Bersatu telah dikhianati rakan penyatuan ummah mereka sendiri.

Sudah terang lagi bersuluh, akibat tindakan ini negara telah hilang kestabilan politik menyebabkan pelabur asing lari, rakyat hilang pekerjaan, peniaga gulung tikar, indeks rasuah jatuh serta pembaziran wang jutaan ringgit untuk pilihan raya negeri (PRN) dan terus menyusahkan rakyat.

Bagi Ketua Penerangan Keadilan Perak, Muhamad Arafat, Bersatu tak usah ‘mimpi’ mahu bekerjasama dengan PH bagi menghadapi PRN Johor selagi tidak memohon maaf secara terbuka kepada rakyat.

“Bersatu telah khianati PH dan mandat rakyat atas alasan “penyatuan ummah’ tapi sekarang terbukti alasan itu sendiri akhirnya Bersatu menjadi ‘yatim piatu politik’. Katanya dalam satu kenyataan media pada hari ini.

Justeru, Arafat berpendapat Bersatu harus memecat wakil rakyat pengkhianat PH dan UMNO yang telah melompat masuk parti itu sebelum ini dan mohon maaf secara terbuka dahulu sebelum berusaha ke arah bekerjasama dengan PH pada PRN Johor,” katanya.