Sengaja aku menulis hal ini hasil pemerhatian aku. Tiada kena-mengena dengan kecenderungan ideologi ke arah mana-mana parti. Ianya hanya ulasan dari pemerhatian.
Sebenarnya ini yang disebut cui bono, istilah latin yang bermaksud siapa yang mendapat faedah dari turutan peristiwa yang telah dan akan berlaku
Boleh dikatakan semua orang kena tipu dengan gameplan si Z dan si A. Bukanlah niat mereka mahu menipu, tetapi ini adalah helah yang disebut strategi. Mereka ada suatu misi yang besar yang tidak boleh diketahui oleh musuh, kecuali jika ia dapat dipintas oleh pihak inteligen.
1. Akta anti lompat parti diperkenalkan – berkuatkuasa 5 Oktober. Parlimen terbubar 10 Oktober
2. Akta anti lompat parti ini kesempatan terbaik dijadikan alat untuk membuatkan ahli parlimen dalam keadaan tersepit. tidak boleh nak lari ke mana-mana parti. Mereka terikat kepada parti masing-masing. Kalau tak setuju dengan parti, sila kosongkan kerusi!
3. Sebelum pilihan raya, si Z dah buang siap-siap orang yang dilihat ada potensi melawan perancangan dia, seperti Sahadon MatSim, Nor Osman, Anuar Kerteh, K. Jol, dll. Dalam hal ini, K. Jol seolah daging mentah yang dihumban ke dalam sangkar buaya 😆😂- Satu tindakan yang memang ingin membunuh kariernya. Jangan lupa K. Jol pernah bertanding untuk merebut kerusi Presiden parti.
4. Si Z mempersiapkan watikah pencalonan beserta surat akuan bersumpah yang menetapkan syarat-syarat yang agak di luar kebiasaan membuatkan ahli parlimen yang menang sedia menyerahkan segala-gala tindakan, keputusan penting parti ke tangan Pengerusi parti iaitu si Z.
*Jika berhasrat untuk bertindak sebaliknya, maka hilanglah kerusi empuk yg baru dimenangi
5. Si Z sebenarnya tak kisah dan tak peduli kehilangan banyak kerusi. Yang penting dirinya terus menggenggam kuasa untuk terus menjadi presiden.
Sebenarnya ini bukanlah perancangan jangka masa pendek. Pasti ini telah dirancang sejak sekian lama, kita sahaja yang lalai.
Di akhirnya, perancangan si Z memang menjadi 100%. Inilah yang dipanggil master strategist.. Setiap langkah, dia tetap menjadi Master. Licik, brilliant. genius. Bijak.. bijak.. siapalah guru dia 😁😁🤣
Walau apa pun, kita harap Malaysia akan terus aman, sejahtera, maju dan progresif selepas ini.
~ Si Kulup Kembang
Tulisan ini tiada kena-mengena dengan sesiapa dan tidak mewakili pandangan rasmi Independent