BN Kekalkan Kerusi Kimanis

Reading Time: < 1 minute

BEAUFORT | Barisan Nasional (BN) mengekalkan kerusi Parlimen Kimanis selepas memenangi pilihan raya hari ini dengan majoriti 2.029 undi.

Calonnya, Datuk Mohamad Alamin, 48, memperoleh 12,706 undi manakala pencabarnya Datuk Karim Bujang, 67, dari Parti Warisan Sabah (Warisan) memperoleh 10,677 undi.

Keputusan itu diumumkan oleh pegawai pengurus pilihan raya Jupari @ Jupry Etok, yang juga Pegawai Daerah Beaufort, di pusat pengiraan undi di Dewan Datuk Seri Panglima Hj Mohd Dun Banir di sini, jam 9.30 malam.

Pilihan raya kecil Kimanis diadakan setelah Mahkamah Pilihan Raya membatalkan kemenangan BN pada 16 Ogos 2019, yang dimenangi oleh Datuk Seri Anifah Aman pada Pilihan Raya Umum Ke-14 pada Mei 2018.

Pengundian berjalan lancar dari 7.30 pagi hingga 5 petang tanpa sebarang insiden yang tidak diingini.