Laman sesawang untuk permohonan kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam tidak dapat diakses sejak semalam. Ini berkemungkinan disebabkan jumlah trafik yang tinggi sejak keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) diumumkan semalam.
Menurut mesej yang dipaparkan di laman sesawang berkenaan, pihaknya pengendali laman berkenaan memohon maaf kerana sistem permohonan UPU Online sedang mengalami masalah teknikal.
Bagaimanapun, kerja-kerja membaik pulih sedang dijalankan dan akan dimaklumkan sebaik sistem kembali beroperasi.
Bagi calon yang telah menghantar permohonan online pada 14 Mac 2019, mereka disarankan utuk membuat permohonan semula selepas sistem dibaik pulih kerana dikhuatiri permohonan asal telah terbatal atau tidak didaftarkan ke dalam sistem sebelum ia mengalami masalah teknikal.