China Sahkan 830 Kes Coronavirus, 25 Kematian

Reading Time: < 1 minute

BEIJING (Reuters) – China mengesahkan 830 kes pesakit dijangkiti dengan coronavirus baru pada 23 Jan, manakala jumlah kematian daripada virus itu meningkat kepada 25, kata Suruhanjaya Kesihatan Negara pada hari Jumaat.

Virus ini berasal dari pusat bandar Wuhan di Hubei pada akhir tahun lalu dan telah merebak ke bandar-bandar lain di China termasuk Beijing dan Shanghai, serta telah tersebar ke luar negara iaitu Amerika Syarikat, Thailand, Korea Selatan, Jepun dan terbaru Singapura dan Arab Saudi.