Darurat Tamat Tanpa Pengetahuan

Reading Time: < 1 minute

IPOH | Angkatan Muda Keadilan Perak dalam satu kenyataan media berkata bahawa kenyataan oleh menteri undang-undang semasa sesi parlimen hari ini bahawa darurat telah tamat pada 21 Julai 2021 adalah sesuaut yang mengejutkan ahli-ahli parlimen dan rakyat Malaysia.

Menurut Ketuanya, Mohamad Hairul Amir Sabri, ini menunjukkan sikap tidak bertanggungjawab dan tidak amanah menteri dan kerajaan PN yang menyembunyikan dari pengetahuan semua.

“AMK Perak mendesak agar perkara ini diperjelaskan oleh kerajaandengan kadar segera agar tidak menjadi tanda tanya dan menimbulkan persepsi yang tidak baik oleh rakyat.

“Rakyat harus mengetahui keadaan sebenar yang berlaku dalam Negara, ini adalah penipuan yang jelas dan nyata. AMK Perak beranggapan sekiranya parlimen tidak bersidang pekara ini tidak akan diketahui oleh rakyat dan akan terus disembunyikan oleh kerajaan, “menurut kenyataan yang dikeluarkan.

AMK Perak turut mengecam keras tindakan menyembunyikan penamatan darurat dan mendesak perbahasan diadakan selari dengan titah Yang Di-Pertuan Agong agar parlimen membahaskan ordinan darurat.