Kenyataan PM Hina Rakyat Sedang Susah

Reading Time: < 1 minute

Setelah teliti ucapan PM berkenaan bantuan bakul prihatin negara semalam, jelas ucapan PM mengatakan tak perlu angkat bendera putih atau hitam tapi angkat bendera biru (PN) seolah menyindir usaha rakyat yang sedang menderita.

Beliau juga mengatakan bahawa “jika lihat di dapur dah penuh dah kot (barangan bantuan)” bermaksud seolah-olah rakyat mengambil kesempatan untuk mengumpul kotak bantuan.

Ini kerana:

1) nilai bakul makanan yang diberi mungkin RM100.00 sekotak, sekiranya benarpun rakyat menerima dari pelbagai pihak, katakanlah dari 4 pihak – bermakna jumlah nilainya baru
Rm400, bayangkan sekiranya ada keluarga 4-5 orang anak, adakah nilai Rm400 itu sangat besar ? Apa salahnya membantu rakyat yang sama sekiranya mereka benar-benar memerlukan?

2) Kementerian pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat gagal dalam soal mengenal pasti keluarga yang sangat terkesan ketika PKP, ramai mengadu susah nak dapatkan bantuan makanan dari kementerian tersebut kerana banyak birokrasi

Sebagai contoh di Parlimen Tambun, ada ramai yang kibarkan bendera putih apabila kami hadir lihat sendiri ada yang makan roti kerana kehabisan beras, ada yang kehabisan susu untuk anak kerana tiada wang untuk membeli dan sebagainya

3) rakyat dalam kesusahan hari ini dan terpaksa kibarkan bendera putih akibat kegagalan kerajaan PN mengurus pandemik Covid-19, dari PKP, PKPB, PKPP, PKPD sampai ke PPN tambahan darurat, mengurung rakyat tanpa memberikan bantuan sewajarnya seperti disarankan oleh Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mencadangkan setiap isi rumah golongan B40 diberikan bantuan RM1500.00.

Mahiaddin tidak layak sebagai Perdana Menteri apabila tidak memahami keperitan rakyat di bawah, beliau harus memohon maaf kerana menghina rakyat dalam kesusahan.

Muhamad Arafat
Ketua Penerangan Keadilan Perak
Ahli Dewan Negeri Perak