Dua Perumahan Di Kuala Langat Di Bawah PKPD

Reading Time: < 1 minute

Foto kredit: The Star

KLANG | Dua perumahan di Kuala Langat diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan bermula malam tadi ekoran terdapat laporan kes Covid-19 di situ.

Ketua Polis Kuala Langat, Supt. Azizan Tukiman berkata Kementerian Kesihatan sedang mengemas kini maklumat penduduk di dua lokasi – Taman Langat Utama dan Taman Langat Murni di Bukit Changgang.

Katanya, kes positif koronavirus di situ melibatkan 20 pekerja warga asing sebuah syarikat pembersihan.

Minggu lalu, media melaporkan 20 warga Bangladesh yang tinggal di asrama di kawasan itu didapati positif Covid-19 ketika syarikat mereka menghantar mereka untuk pemeriksaan di klinik.

Supt. Azizan berkata bahawa beliau akan mengadakan sidang media, bersama-sama dengan pegawai daerah Kuala Langat, di lokasi pada hari ini (3 Jun).