Foto Bernama
KAJANG | Garis panduan pengurusan pembukaan semula sekolah akan diedarkan esok (4 Jun) untuk membolehkan guru-guru dan pelajar membuat persediaan yang diperlukan, menurut Menteri Pendidikan, Dr. Mohd Radzi Jidin.
Garis panduan pergerakan pelajar bermula dari waktu meeka tiba di sekolah sehingga waktu mereka pulang ke rumah disediakan dengan kerjasama Kementerian Pendidikan dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
“Kami mengeluarkan panduan ini untuk melihat kaedah mana yang perlu dilakukan dalam konteks pembukaan sekolah dan persiapan yang tepat untuk memastikan bahawa bila kami mengumumkan tarikhnya, mereka telah bersedia.
“Kementerian selalu membincangkan ruang penambahbaikan dengan sekolah-sekolah … apa yang penting bagi semua orang untuk berperanan dalam pengurusan sekolah, guru dan ibu bapa, misalnya, jika anak itu mempunyai gejala maka anak harus tinggal di rumah, “katanya.
Beliau berkata kepada Bernama selepas lawatan persiapan pembukaan sekolah di SMK Engku Husain di Semenyih semalam (2 Jun).
Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) akan memainkan peranan penting dalam memantau sekolah untuk memastikan pematuhan garis panduan.
“Saya juga akan hadir di sekolah untuk melihat pelaksanaan garis panduan dan kami yakin pihak pengurusan sekolah dan guru akan membantu kementerian dalam melaksanakan garis panduan ini,” katanya.
Katanya lagi ibu bapa tidak perlu bimbang menghantar anak mereka ke sekolah dan mereka perlu memainkan peranan mendidik anak-anak mereka mengamalkan penjarakan sosial.