Enam Sekolah di Perak Ditutup

Reading Time: < 1 minute

Sebanyak enam sekolah di Perak diarah tutup selama seminggu bermula Isnin ekoran penularan wabak koronavirus (Covid-19) di kawasan berdekatan.

Sekolah tersebut, SMK King Edward VII, SMK (P) Treacher Methodist, SMK Bukit Jana, SK Bukit Jana, SK Convent Kota dan SK Ulu Mengkuang.

Exco Pendidikan, Hj Razman Zakaria berkata penutupan sekolah-sekolah itu selaras dengan keputusan Majlis Keselamatan Negara (MKN). Namun beliau tidak merujuk kepada kes jangkitan di kalangan guru atau pelajar.

“Ini untuk membendung wabak, terutama sekolah-sekolah yang terletak berdekatan dengan pusat tahanan yang merekodkan kes Covid-19.

“Kami menasihatkan ibu bapa dan penjaga supaya tidak panik dan mengikuti arahan yang dikeluarkan oleh pihak sekolah, “katanya.

Sejak tengahari Sabtu, daerah Larut Matang-Selama telah merekodkan 14 kes Covid-19.