Perubahan Kerajaan: Anwar Serah Kepada Agong Putuskan

Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR | Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan beliau sudahpun menyerahkan dokumen sahih pengakuan sokongan ahli parlimen yang menyokongnya kepada Yang DiPertuan agong pagi ini.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media yang diadakan di sebuah hotewl di ibu negara selepas beliau menerima perkenan mengadap Yang DiPertuan Agong sebelum itu.

Menurut beliau lagi sejumlah lebih 120 ahli parlimen menyatakan sokongan kepadanya.

Namun beliau menyerahkan kepada Agong untuk membuat penilaian dan menentukan keputusan dan tidak ada tempoh masa untuk Baginda memutuskannya.

Tambahnya, Agong bakal memanggil semua ketua-ketua parti untuk mengesahkan dakwaan sokongan yang yang dipersembahkan kepada Baginda.

Pada 23 Sep lalu, Anwar membuat satu pengumuman bahawa kerajaan Muhyiddin telah jatuh akibat kehilangan jumlah sokongan. Beliau berjanji akan mendedahkan nama-nama ahli parlimen yang menyokongnya sebaik selesai mengadap Yang DiPertuan Agong.