Haji Razman Zahir Terima Kasih Kekal Jawatan Pesuruhjaya PAS Perak

Haji Razman Zahir Terima Kasih Kekal Jawatan Pesuruhjaya PAS Perak

IPOH | Pesuruhjaya PAS Perak, Haji Razman Zakaria menzahirkan terima kasih kepada pucuk kepimpinan PAS Pusat yang telah melanjutkan lantikan beliau sebagai Pusuruhjaya Pas negeri Perak  bagi tempoh 2019 hingga 2021.

Katanya, beliau menerima lantikan ini sebagai satu amanah dan tanggungjawab besar dalam meneruskan agenda perjuangan parti ke arah penyatuan ummah dan persiapan menghadapi PRU-15 nanti.

“Saya percaya perlantikan ini susulan gerak kerja politik mantap dan tersusun yang telah PAS Perak jalankan daripada awal selepas PRU14.

“Pada PRU-14, PAS hanya menang 3 kerusi di Perak dan dari situ juga kita mulakan gerak kerja politik bersama UMNO menerusi konsep kerjasama `taawun’ pada malam 9 Mei 2018 sehinggalah berlarutan sehingga ke hari ini.” katanya kepada Independent.my pada Rabu.

Haji Razman menjelaskan konsep `taawun’ merupakan satu jalinan kerjasama supaya tolong menolong dalam perkara kebaikan dan melarang kepada perkara-perkara dosa, kejahatan dan permusuhan.

“Kita diarah dan dianjurkan oleh agama Islam supaya tolong-menolong dalam perkara kebaikan dan yang melarang kepada perkara dosa, kejahatan dan permusuhan.

“Kita memberi pencerahan kepada rakyat bahawa PAS juga konsisten dan tidak melindungi mana-mana pembuat salah walaupun si pembuat salah adalah orang Islam sendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merujuk kepada beberapa tindakan kerajaan yang dilihat berat sebelah, mengambil tinfdakan terhadap pihak pembangkang yang melakukan kesalahan manakala kes-kes yang melibatkan anggota parti pemerintah seperti isu rasuah terowong dasar laut Pulau Pinang, tidak diambil tindakan. 

Kongsi Artikel Ini

Facebook Comments