IPOH – “Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih,” kata Ketua Pembangkang Dewan Negeri Perak, Dr Abdul Aziz Bari.
Beliau merujuk isu penjualan tanah tapak lapangan terbang di Seri Iskandar yang sudah menjadi bualan sejak sebulan lalu.
Katanya begitu juga dengan kedudukan projek MAPS yang diusahakan oleh sebuah anak syarikat Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP).
Terbaru, bekas Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Ahmad Faizal bin Azumu menyatakan kesediaan untuk disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
“Itu semua tidak membawa kita ke mana-mana,” katanya dalam kenyataan media pada Ahad.
Menurut beliau, SPRM sendiri ada kekangan tertentu termasuk tidak mempunyai kuasa pemutus dalam pendakwaan yang berada di tangan Peguam Negara.
“Itu belum mengambil kira kredibiliti SPRM sendiri yang terjejas teruk selepas munculnya kes berhubung dengan integriti orang nombor satu agensi berkenaan.
Katanya, dalam soal MAPS, Ahmad Faizal sendiri telah beberapa kali membuat laporan SPRM yang anehnya tidak membuahkan hasil
Justeru, katanya amat wajar Jawatankuasa Kira-kira Wang Negeri (PAC) Perak untuk mengmabil tindakan.
“Sebagai badan yang bebas dari kerajaan, kita yakin ada sesuatu yang boleh dibuat,” tambahnya.