Rapatkan Saf Perjuangan Demi Bela Nasib Rakyat – Mujahid

Reading Time: < 1 minute

IPOH: Semua 24 sekretariat yang membarisi Ahli Parlimen dan Adun Pakatan Harapan (PH) Perak diminta
merapatkan saf untuk terus menabur khidmat bakti kepada rakyat,

Pengerusi PH Perak Mujahid Yusof Rawa berkata, sebagai ahli parlimen dan Adun mereka juga perlu sentiasa menegak keadilan agar nasib rakyat terus dibela.

Menurut beliau, perlu diingat bahawa kehadiran mereka hari ini sebagai ahli parlimen dan Adun PH adalah jelas kerana diberi mandat dan dokongan rakyat.

“Justeru adalah menjadi tanggungjawab kita untuk terus menabur bakti kepada rakyat di kawasan yang kita wakili,” katanya kepada pemberita di majlis berbuka puasa PH Perak di Hotel Impiana Ipoh pada Sabtu.

Menurut Mujahid, PH optimis dapat meneruskan kecemerlangan pada pilihan raya umum sebelum ini apabila mereka berjaya menundukkan musuh-musuh mereka sekaligus membentuk kerajaan yang stabil. Namun begitu katanya, meskipun PH mampu bertahan 22 bulan pemerintahannya dan kini ditadbir kerajaan baru (PN) ia sedikitpun tidak melemahkan semangat juang PH untuk mentadbir semula kerajaan.

“Jangan mudah berputus asa…. bangkit terus perjuangkan agenda rakyat,’’ tegasnya
mendedahkan kepincangan yang berlaku dalam kerajaan hari ini agar rakyat dapat menilai kebenarannya.