Hospital Huoshenshan Mula Menerima Pesakit

Reading Time: < 1 minute

Kredit foto Global Times

WUHAN | Hospital Huoshenshan, sebuah hospital model rawatan SARS di Wuhan, telah mula menerima pesakit pada pagi Selasa, lapor agensi berita CGTN.

Hospital itu, yang hanya siap pada pagi Ahad, dibina untuk merawat pesakit pneumonia yang dijangkiti dengan koronavirus novel.

Lebih daripada 7,500 buruh bekerja sepanjang masa untuk membina Hospital Huoshenshan, yang dimodelkan dari sebuah kemudahan yang ditubuhkan di ibu negara China, Beijing, pada tahun 2003 untuk membantu menangani SARS atau Sindrom Pernafasan Akut Teruk.

Koronavirus novel setakat ini membunuh sekurang-kurangnya 425 orang dan menjangkiti lebih 17,000 di China dan sekurang-kurangnya 171 di luar negara. Di wilayah Hubei, di mana Wuhan adalah ibu negara, terdapat lebih daripada 11,000 kes, kata televisyen negara pada hari Isnin.