Pesawat Bawa Pulang Rakyat Malaysia Dari Wuhan Selamat Mendarat di KLIA

Reading Time: < 1 minute

SEPANG | Pesawat khas AirAsia yang membawa pulang 133 rakyat Malaysia dari Wuhan termasuk 8 petugas misi, 6 pegawai kedutaan Besar Malaysia dan 12 kru telah selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa KLIA pada pukul 5.57 pagi tadi.

Mereka dibawa ke Unit Kecemasan Udara di KLIA untuk menjalani pemeriksaan kesihatan.

Pagi ini, kelihatan dua buah bas membawa mereka ke pusat pemantauan kesihatan yang tiadak dinamakan.

Awal pagi ini pihak berkuasa China merekodkan jumlah kematian disebabkan koronavirus novel meningkat kepada 425 orang termasuk satu kematian di luar China iaitu di Filipina.