Howard Lee Bersimpati Penderitaan Pesakit Diabetes

Reading Time: < 1 minute

IPOH – Calon DAP bagi Parlimen Ipoh Timur (P064), Howard Lee Chuan How menzahirkan keprihatinan beliau apabila tampil membantu mengurangkan beban hidup pesakit diabetes, Puan Norashikin Ahmad Nawi di Kampung Pasir Putih di sini hari ini.

Kunjungan Howard membuatkan Norashikin rasa terharu apabila menerima bantuan kewangan dan barangan keperluan keluarganya.

Howard yang merupakan penyandang DUN Pasir Pinji kini dalam rangka gerak kerja membantu rakyat miskin yang amat memerlukan bantuan.

Beliau baru-baru ini diumumkan akan bertanding di Parlimen Ipoh Timur yang disandang oleh Wong Kah Woh.

Turut sama mengiringi beliau ialah penyandang DUN Tebing Tinggi, Dr. Abdul Aziz bin Bari.