Howard Sangkal Dakwaan Tempat Penginapan Atlet Sukma Dalam Keadaan Uzur

Reading Time: 2 minutes

IPOH: Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia dan Sukan Perak, Howard Lee Chuan How menyangkal dakwaan satu laporan media tempatan kononnya tempat penginapan atlet Sukan Malaysia (Sukma) Perak 2018 di Institut Latihan Perindustrian (ILP) berada dalam keadaan uzur.

Beliau menyifatkan kenyataan sumber laporan yang bertajuk ‘Penginapan uzur jejas atlet’ itu sebagai tidak berasas dan suatu tindakan yang kurang bertanggungjawab. Laporan itu menulis Kontinjen Badminton Kelantan berasa tidak selesa dengan keadaan asrama yang didiami mereka selain mendakwa tilam berada dalam keadaan usang, lokar yang pecah serta bilik air yang tidak dapat digunakan.

Katanya, awal pagi semalam, beliau telah mengadakan satu perjumpaan dengan semua 15 ketua dan wakil kontinjen yang bertanding bagi mendapat maklumbalas berkenaan sebarang isu di Sukma Perak 2018.

Menurut Howard, beliau tidak menerima sebarang rungutan daripada mana-mana wakil kontinjen. Katanya, selepas laporan berita itu tersebar petang semalam, wakil-wakil penganjur bergegas ke ILP bagi mendapatkan gambaran sebenar dan hasilnya kesemua mereka yang menginap di situ berpuas hati.

Rakaman video temu bual dengan ketua kontinjen badminton Kelantan dan beberapa atlet di situ turut dipaparkan di hadapan semua pemberita dalam satu sidang media di Pusat Media Sukma Perak 2018, Ipoh pada Khamis.

Mengenai kenyataan yang menyebut terdapat wakil kontinjen yang keluar dari lokasi penginapan dan menginap di luar, Howard menjelaskan ia merupakan inisiatif mereka sendiri yang mahukan lokasi penginapan yang lebih selesa.

“Memang ada yang berbuat demikian tetapi ia terpulang kepada mereka. Kami memang tidak sempurna. Kita tidak mampu sediakan lokasi penginapan setaraf hotel mewah.

“Memang ada loker yang berconteng tetapi ia boleh digunakan malah ada yang telah diperbaiki. Dari sudut penganjur, kami telah sedaya upaya menyediakan yang terbaik untuk semua kontinjen,” katanya.

Howard berkata, atlet-atlet badminton Sabah, Sarawak, Perlis, Kelantan dan Pahang sepatutnya dipindahkan ke lokasi penginapan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Perak Kampus Tapah namun selepas satu rundingan diadakan, kesemua

Sehubungan itu, katanya lagi,pihak penganjur memohon supaya tidak dibuat sebarang spekulasi berkenaan penularan gambar tersebut kerana kerajaan negeri Perak sentiasa memberikan seratus peratus komitmen dalam memastikan keselesaan dan keselamatan kontinjen-kontinjen.