Kerajaan Perak Rakam Ucapan Takziah Atas Pemergian Allahyarham Ahmad Huzaimy

Reading Time: < 1 minute

IPOH: Kerajaan negeri Perak merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Penolong Pengurus Pasukan Sepak Takraw Sukma Johor, Ahmad Huzaimy Mohamad yang meninggal dunia pagi tadi.

Menurut Menteri Besar, Ahmad Faizal Azumu, pihaknya turut bersimpati dengan pasukan Sepak Takraw Johor kerana Allahyarham baharu saja berada di Ipoh malam semalam.

“Jenazah dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) danĀ saya dapat maklumat jenazah sudah dibawa pulang ke Johor untuk disemadikan.

“Bagi pihak kerajaan negeri kami ingin merakamkan takziah dan menyampaikan sedikit bantuan bagi meringankan beban kepada waris Allahyarham,” katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan hormat Menteri Kerja Raya, Baru Bian di pejabatnya di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh pada Khamis.

Ahmad Huzaimy, 37, meninggal dunia di homestay penginapannya di Taman Desa Putra Indah, Tanjung Rambutan pagi tadi.

Terdahulu, Ahmad Faizal sempat menziarahi jenazah Allahyarham di HRPB pagi tadi bersama-sama Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Gazali Jalal, Exco Kerajaan Negeri, Howard Lee Chuan How dan beberapa pegawai kerajaan negeri.