Johor Bentuk Pakatan Baru Antara Bersatu & UMNO

Reading Time: < 1 minute

PETALING JAYA | Johor membentuk kerajaan campuran antara Bersatu, UMNO. Kenyataan itu dikeluarkan oleh Istana Johor memandangkan kedua-dua parti itu memiliki majoriti mudah di dalam Dewan Negeri.

Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar telah menemui 54 wakil rakyat semalam termasuk Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin yang juga mewakili DUN Gambir, bekas Menteri Besar Johor Dr. Saharuddin Jamal dan Ketua UMNO Johor, Hasni Mohamad.

Semua 54 dari 56 wakil rakyat menandatangani akuan bersumpah untuk menyatakan sokongan sama ada terhadap Pakatan Harapan atau gabungn terbaru.

Wakil rakyat Simpang Renggam, Salahuddin Ayub dan Mazlan Bujang (Puteri Wangsa) tidak dapat menghadiri pertemuan itu.

“Selepas pertemuan dengan ADUN, Tuanku berpuas hati bahawa gabungan baru itu telah memperoleh majoriti mudah untuk membentuk kerajaan,” kata kenyataan itu, sambil menambah bahawa 28 ADUN menyokong pakatan baru.

Pakatan baru itu akan memilih Menteri Besar yang baru.