Kempen Jimat Air Guna Kaedah Pengiklanan Yang Salah

Reading Time: 2 minutes

ULASAN | Kulup Lembang nak ulas sikit berkenaan viral kain rentang kempen jimatkan penggunaan air yang menggunakan ejaan singkatan oleh Lembaga Air Perak (LAP).

Saya sebagai seorang yang punya latarbelakang reka grafik, Kulup Lembang tahu dimana kesilapannya.

Ada yang berpendapat, itu tidak salah kerana mendakwa konon sebagai ‘gimik’ mengurangkan atau menjimatkan air, maka huruf juga dijimatkan dalam kain rentang iklan kempen tersebut.

Ya benar tidak salah, tapi kesalahan sebenar jika mereka benar-benar mahu menggunakan kaedah singkatan ejaan tersebut supaya orang ramai membuat viral akhirnya menjadi tada tanya pula. Tidak ada iklan menggunakan singkatan ejaan dalam apa bahasa sekalipun, kecuali singkatan itu adalah sebahagian dari produk sesebuah jenama. Apa yang digunakan oleh syarikat pengiklanan, mereka akan menggunakan perkataan yang paling minima yang mungkin, bukan menggunakan ‘short form’. 

Ada pula yang mengecam. Jadi mesej sebenar masih belum sampai. Orang ramai mempertikaikan ejaan, tidak memperkatakan tentang menjimatkan air.

Sebenarnya, ada kaedah tertentu jika mahu menggunakan singkatan ejaan. Bukan menggunakan font yang terlalu umunm seperti Arial, ini bukan tindakan yang bijak. Tidak nampak jelas di mana penekanannya. 

Penggunaan font yang terlalu umum atau ‘standard’ membuatkan orang ramai tertanya-tanya apakah pereka kain rentang tersebut tersilap atau tidak menjaga kualiti semasa menghantar rekaan kepada pencetak untuk dicetak. Tidak ramai yang berfikir ia disengajakan. Untuk menggunakan short form memang sesuat uyang janggal dalam bidang pengiklanan, kecuali singkatan ejaan itu boleh disebut atau ada bunyinya, bukan seperti yang digunakan oleh LAP iaitu ‘BRJMAT’, hanya huruf ‘MAT’ sahaja boleh disebut perkataannya, ‘BRJ’ tidak ada dalam suku kata. 

Jadi jelas ia telah gagal sepenuhnya. Untuk mengharapkan orang awam yang tidak mempunyai latarbelakang bidang komunikasi atau rekaan grafik untuk berfikir bahawa ia disengajakan adalah suatu tindakan pengiklanan yang bodoh dan tidak kena pada tempatnya.

Untuk mengguna singkatan ejaan, ada perkataan tertentu dan ada teknik tertentu untuk menonjolkannya, bukan menggunakan font terlalu umum dan menganggap semua yang memandang kain rentang tersebut mempunyai latarbelakang Art & Design.

Maka jelaslah Kulup Lembang nak bagi tahu, ia pengiklanan yang gagal dan air masih terus digunakan tanpa sesiapa mendapat kesedaran tentang bagaimana perlunya menjimatkan air.

Kulup Lembang